Monday 11 November 2013

Sama-samalah kita mengamalkannya. :)

Ketika Ambil Wudhuk, NIATKANLAH dalam HATI...
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Thursday 26 July 2012

Selamat Berpuasa Semua!

Assalamualaikum and hai semua.. :)
Apa khabar anda semua? Harap semuanya sihat2 yer.
Harap tak terlambat lagi untuk ili ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak
dan selamat berpuasa. Semoga bulan ramadhan kali ini lebih
baik dan bermakna dari tahun2 sebelumnya.

Seperti biasa, bila ramadhan menjelma pasti akan ada siaran langsung
solat terawih dari Mekah yang disiarkan di televisyen seperti di saluran
tv1, astro oasis, dan juga tv9. Tapi apa yang menariknya pada tahun ini,
terdapat juga siaran langsung solat terawih dari madinah yang disiarkan di
tv alhijrah. Sangat2 menarik.

Salah satu imam dari MasjidilHaram yang saya kagumi ialah Sheikh Mahir Al- Muaqaily.
Beliau berasal dari Madinah dan telah pun berkahwin serta mempunyai 4 cahaya mata; dua lelaki dan dua perempuan.




                                          
tahun lepas punya solat terawih.. 


tenang je dengar suara imam ni.. dalam banyak² imam mekah, sheikh mahir al-muaqaily tetap menjadi favourite.. ada sesuatu tentang suara dan bacaan dia.. tenang + lega + sejuk je rasa hati ni.. ♥♥
selamat berpuasa semua! :)



Tuesday 24 July 2012

Teambuilding and Leadership ATIC College di Kem PLKN Desa Rimba, Chenderoh, Kuala Kangsar


assalamualaikum and hai.



apa khabar semua? harap semuanya sihat2 yer. sebelum terlambat, ili ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.



Hari tu ili ada bagitau kan yang ili kena pergi teambuilding and leadership anjuran ATIC college dan juga pihak ICU di Kem PLKN Desa Rimba, Chenderoh, Kuala Kangsar, Perak. Maybe dekat blogger ili tak postkan pasal teambuilding tu sebab ili gi postkan dekat wordpress ili..kalau nak baca tekan sini Okay, masa memula dok packing2 barang tu memang terasa nervous giler sebab dulu tak penah dapat plkn, tetiba lak sekarang ni kena pergi kem plkn pulak..(hehehe)



Kami student2 yang pergi ke kem tu dipecahkan kepada beberapa 
team yang terdiri daripada team green, purple, blue, yellow dan juga red. 
Ili pulak termasuk dalam GREEN team..

listname group green team


14 JULAI 2012
so pada pagi 14 julai tu, ili dan lelain semua berkumpul di depan kolej seawal 7 pagi..



sekitar pukul 8.30 pagi macam tu, kami pun bertolak lah ke kuala kangsar dengan menaiki dua buah bas yang dipecahkan mengikut course yang diambil dan singgah bersarapan sebentar di R&R Bukit Merah... dan selepas tu, kami meneruskan perjalanan kami ke Kem PLKN Desa Rimba yang terletak di Chenderoh, Kuala Kangsar, Perak.

Kami tiba di Kem PLKN Desa Rimba lebih kurang pukul 11.30 pagi dan di sambut oleh para jurulatih dan orang2 yang berada di sana. 



sesampainya kami di sana kami di asingkan mengikut team masing2 dan mendengar taklimat serta atucara yang di sampaikan oleh tuan faizul yang menjadi kem komanden untuk kami semua di dewan jati. 


 haa.. ni la dewan jatinya... 

Kemudian kami pun pergi meletakkan barang2 serta beg kami di dorm plkn yang berdekatan dengan dewan jati tersebut. 

laluan dari dorm ke dewan jati

dorm plkn yang sangat cantik dan menyelesakan. 

Lepas tu, kitaorang kena buat aktiviti treasure hunt.. haha..macam2 ragam semua pakat dok mencari clue untuk selesaikan tugasan yang diberi. Selepas itu, kami diberi taklimat dan penerangan pula mengenai berkayak dan juga flying fox yang akan diadakan pada esok hari. 





15 JULAI 2012

Kami bangun seawal 5.30 pagi, mandi + solat dan kemudian turun ke dewan jati sebelum pukul 7 pagi kerana ada senamrobik selama sejam yang dikendali oleh cik wawa kita dan kemudian bersarapan pagi. 



kemudian flying fox bebeh...




Apa yang pasti, memang best la aktiviti2 yang dilakukan walaupun badan terasa sakit2 dan sengal2..  Pada sebelah malamnya pula, kami semua mempersembahkan lakonan team masing2 dengan bertemakan 'One Malaysia Night'. Macam2 jenis cerita ada dan sangat menghiburkan. sayang tak dapat nak snap gambar.


16 JULAI 2012

Hari terakhir di sini, ili dah mula terasa sayu nak tinggalkan kem plkn desa rimba. Entah kenapa tetiba rasa macam ni pula sedangkan pada awal sebelum datang ke sini memang nervous sangat, rasa taknak datang dan macam2 lagi tapi lain pula jadinya bila dah sampai dan duduk di sini walaupun hanya 3 hari 2 malam saja. Ada rakan2 lain yang ili dengar dah tak sabar2 nak balik penang, tapi lain pula pada ili. Rasa sedih pulak yang menyusup dalam hati ni tapi apakan daya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.  Pada pagi hari terakhir ini seperti biasa kami bangun seawal 4 pagi kerana pada pukul 5 pagi ada diadakan qiamulail di surau, kemudian bersiap mandi + senamrobik dan juga untuk acara terakhir kami di sini iaitu acara sukaneka. 


surau 


Selepas tamat acara sukaneka itu, kami bergerak balik ke dorm untuk membersihkan diri dan kemudian mengemas barang2 serta membawa turun barang2 dan juga beg kami ke dewan jati dan makan tengahari.  Selepas itu, acara penutup dilakukan dan pemenang untuk group team diumumkan. Group team purple 1st, group team green 2nd...goooo greeen! :)

Sesi bergambar pula

sesi bergambar ATIC College student bersama incek2 yang bertugas di Kem Plkn Desa Rimba, Chenderoh, Kuala Kangsar, Perak.



Sementara menunggu bas datang, nazree selaku ketua kumpulan team green, mengagihkan hadiah yang kami menangi. Bas yang akan membawa kami pulang pun tiba sekitar pukul 3.30 petang dan kami semua diminta membuat bulatan yang besar dan kemudiannya bersalam-salaman. Memang sayu sungguh dah.



Setelah meletakkan beg ke dalam bas, ili pun naik la ke dalam bas, terasa sebak woo..maybe yang lain tak terasa, dorang semua muda2 lagi..ili umur 26 thn dah..  tak lama lepas tu, bas pun bertolak pergi meninggalkan kem plkn desa rimba yang memberikan seribu satu kenangan buat kami semua terutamanya buat ili. Dalam bas, ili terdengar betapa ada juga rakan2 lain juga terasa sedih+sayu+sebak nak tinggalkan kem plkn desa rimba ini. Apa boleh buat, panjang umur, kita semua berjumpa lagi di sana. InsyaAllah. ♥  :) 


Tuesday 3 July 2012

Doa Agar Diberi Jodoh Terbaik

Assalamualaikum dan hai..


jodoh itu rahsia Allah

Bismillahirrohmannirrohim.....
Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...


p/s: terkebil² tengok irma hasmie dengan suaminya, redza.. Ya Allah, teringin nak macam tu jugak..  selamat pengantin baru buat irma hasmie + redza.. semoga mereka berkekalan bahagia hingga ke syurgaMu Ya Allah. ♥


Friday 29 June 2012

Sambung Belajar Lagi! Weee!


Assalamualaikum and Hai..
First sekali, syukur alhamdulillah dengan izinNya, berkat doa tak putus² dan usaha,
maka Allah s.w.t  telah pun memberikan saya peluang
lagi untuk menyambung study dalam bidang yang saya paling minati
iaitu bidang penerbangan di sebuah kolej yang diberi nama Advanced Tourism International College (ATIC) yang terletak di Pulau Pinang.

Walaupun saya bukanlah bakal pramugari, jauh sekali untuk menjadi juruterbang (tehee..),
tetapi saya telah pun mendapat peluang untuk menyambung
pelajaran dalam bidang airline and airport management atau dalam bahasa melayunya ianya
dipanggil sebagai pengurusan lapangan terbang dibawah tajaan pihak icu pulau pinang.
Pada mulanya saya hanya mencuba nasib untuk bertanya mengenai kursus² yang ditawarkan di kolej
berkenaan kerana minat saya ke arah industri penerbangan ini tidak boleh dikata apa lagi.
Hanya keluarga dan Allah sahaja yang tahu betapa minatnya saya dalam
bidang ini.  Namun, nasib saya sangat bernasib baik apabila staff di situ memberitahu
bahawa kursus yang ditanya oleh saya itu sebenarnya mendapat tajaan dan
setiap calon perlu menghadiri temuduga dulu dan disaring oleh pihak kolej
dan juga pihak yang menaja.. (temuduga? glup! )

                                        kapal terbang dan airport memang tak dapat dipisahkan.. ahaks

Makanya, setelah diberitahu bila temuduga itu akan diadakan, saya sentiasa berdoa
agar saya terpilih, dipermudahkan urusan dan semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, semuanya memang berjalan dengan lancar kerana sejak dari permulaan hari hendak
ditemuduga saya sering mengucapkan bismillah,
selawat dan tak putus² berdoa padaNya.
Dan pada 28 Jun 2012, saya mendapat sms dari pihak kolej memberitahu
bahawa permohonan saya telah berjaya dan perlu mengambil jadual pembelajaran
pada keesokkan harinya.

jadual class 

ok, kalau diperhatikan betul², korang akan nampak class dia banyak dari pukul 7pm- 10 pm.. cuma bulan puasa je ada class sabtu ahad pukul 10 am- 1 pm.. class malam takde sepanjang bulan puasa.. thankyou!
p/s: baru dapat mesej dari pihak kolej ada perjumpaan untuk student airline and airport management pada 2 julai nanti.. orientasi kot tu.. huhu..mintak² dipermudahkan semuanya. :)
take care people! :)



Thursday 14 June 2012

Akhirnya Bulan Ramadhan Bakal Tiba Lagi

Hi dan assalamualaikum semua.. :)

Setelah lama tidak berblogging ni, rasa macam tak tahu apa pulak nak update.
Tapi disebabkan dah terbiasa menulis blog, maka 
keinginan nak menulis itu sentiasa ada. 

Walaupun ini merupakan blog yang baru
dibuat,  tak bermakna bahawa blog yang sebelumnya
ini dilupakan begitu sahaja. 

Sedar tak sedar sekarang ni kita sudah pun 
melangkah ke bulan Jun, itu bermakna 
kita semua sebenarnya sedang 
menghampiri bulan ramadhan al-mubarak 
yang bakal tiba bulan Julai nanti. 
Cepat betul masa berlalu, tak sabarnya 
menanti bulan ramadhan yang penuh mulia itu. 


“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan). ♥ 


p/s : 16 Jun 2012 ni saya ada interview dengan pihak college untuk 
course yang ditaja oleh pihak yang berkaitan... Semoga dapat melaluinya 
dengan tenang dan dipermudahkan urusan oleh Allah swt. 

Monday 23 January 2012

New Blog. New Life. InsyaAllah. :)

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, setelah berfikir-fikir banyak kali
dan akhirnya pada awal pagi 23 January 2012 ni, 
terhasil lah blog baru ili ni ( pehh..cam semangat nak sambut
tahun baru cina pulak)  :).

.Blog yang 
sebelum ni ili memang banyak share or 
cerita pasal petua la, peringatan dan banyak lagi.
so blog yang kedua ni ingat 
nak buat macam peribadi sikit 
( tapi takdela peribadi sangat pun )
hehehe. 

so, kalau ada apa-apa
salah dan silap harap dimaafkan la yer.
di kesempatan ini ili ucapkan buat semua 
rakan-rakan cina
' gong xi fa cai. xin nian kuaile '


take care, good night and good morning semua. :)